Roman Reigns
Roman Reigns

Roman Reigns

Leati Joseph "Joe" Anoaʻi (lahir 25 Mei 1985)[4][7] merupakan seorang Superstar dalam sukan gusti profesional Amerika, pelakon, dan bekas pemain ragbi profesional Gridiron. Beliau adalah sebahagian daripada keluarga Anoaʻi[6] dan kini ditandatangani oleh syarikat WWE sebagai ahli gusti dalam jenama SmackDown, serta nama gelanggangnya iaitu Roman Reigns.Setelah bermain sukan rugbi untuk kolej Georgia Tech, Anoa memulakan kariernya sebagai pemain rugbi profesional dengan bertanding di luar musim bersama Minnesota Vikings dan Jacksonville Jaguars dari Liga Rugbi Nasional (NFL) pada tahun 2007. Beliau juga pernah bermain sepenuh musim untuk Liga Rugbi Kanada (CFL) Edmonton Eskimos pada tahun 2008, sebelum beliau dibebaskan dan bersara dari sukan Ragbi. Setelah bersara dari sukan Ragbi, Beliau terus mengejar karier dalam sukan gusti profesional dan ditandatangani oleh WWE pada tahun 2010. Beliau mula melapor diri ke wilayah pengembangan dalam Florida Championship Wrestling (FCW). Dengan menggunakan nama gelanggangnya iaitu Roman Reigns, beliau membuat penampilan pertamanya pada bulan November 2012 bersama dengan Dean Ambrose dan Seth Rollins dengan membentuk pasukan The Shield. Mereka bekerjasama sehingga Jun 2014, selepas itu Roman Reigns memasuki pertandingan perseorangan.Roman Reigns adalah juara dunia sebanyak empat kali di WWE dengan memenangi Juara WWE sebanyak tiga kali dan Juara Universal sekali. Beliau juga pernah menjadi Juara Amerika Syarikat satu kali, Juara Intercontinental satu kali, Juara Pasukan Tag WWE satu kali (bersama Rollins), pemenang Royal Rumble 2015, dan Superstar Terbaik Tahun 2014. Beliau mengikat rekod WWE sebagai penyingkiran terbanyak dalam pertandingan Survivor Series dengan menyingkirkan 4 orang ahli gusti dalam acara 2013. Sebelum itu, beliau juga memegang rekod sebagai penyingkiran terbanyak dalam pertandingan Royal Rumble dengan menyingkirkan 12 orang ahli gusti dalam acara 2014. Setelah menjuarai Intercontinental, beliau disenaraikan ahli gusti yang ke-28 memenangi Juara tiga mahkota dan juga dinobatkan Juara Grand Slam yang ke-17. Selain itu, Roman Reigns berada di kedudukan nombor satu dalam senarai tahunan PWI 500 Pro Wrestling Illustrated dari 500 gusti perseorangan teratas pada tahun 2016.Sejak tahun 2014, WWE telah berusaha untuk menjadikan Roman Reigns sebagai "wajah syarikat" mereka yang seterusnya, yang telah disetujui oleh penonton.[8] Roman Reigns telah menjadi tajuk utama acara bayar per tontonan WWE, termasuk empat WrestleManias berturut-turut (31, 32, 33 dan 34).[9][10]

Roman Reigns

Tinggi 6 ft 3 in[5]
Berasal dari Pensacola, Florida[5]
Pasangan Galina Becker (k. 2014)
Anak 5
Tempat tinggal Tampa, Florida, U.S.[2]
Dilatih oleh Afa Anoaʻi[6]
Sika Anoaʻi[6]
Florida Championship Wrestling[3]
Berat 265 lb (120 kg)[5]
Keluarga Anoaʻi
Kelahiran Leati Joseph Anoaʻi[1]
(1985-05-25) 25 Mei 1985 (umur 34)
Pensacola, Florida, U.S.
Penampilan sulung 2010[4]
Nama arena Leakee[3]
Roman Leakee[4]
Roman Reigns[5]
Pusat pendidikan Institut Teknologi Georgia

Rujukan

WikiPedia: Roman Reigns http://slam.canoe.ca/Slam/Wrestling/2013/09/24/211... http://slam.canoe.ca/Slam/Wrestling/PPVReports/201... http://www.thesnap.ca/former-cfl-player-wins-royal... http://411mania.com/wrestling/wwe-announces-year-e... http://bostonherald.com/entertainment/television/t... http://slam.canoe.com/Slam/Wrestling/2011/12/28/19... http://slam.canoe.com/Slam/Wrestling/2013/06/14/20... http://slam.canoe.com/Slam/Wrestling/2013/08/20/21... http://slam.canoe.com/Slam/Wrestling/2013/08/26/21... http://slam.canoe.com/Slam/Wrestling/2013/10/07/21...